Ahad, 22 Disember 2019

Roti Telur Goyang

Tengah syok tarik depan Kolej Tentera Udara sekali tengok ada brader RB dok belakang. Kita pun apa lagi pederas la. Sekali tengok mai potong sebelah. Tudia! Khairil Amir. Makin hensem beliau.

Kawan lama masa belajaq. Berapa belas tahun tak jumpa. Sekali di jalanan jumpa balik. Atas minat yang sama. Penamatnya pekena roti teluq goyang sorang sepinggan sebelum balik. 😁😁


Sabtu, 21 Disember 2019

VIDEO | Bendang Ride



Tarmac and gravel mode sambil melayan sunset πŸŒ… Kawasan sawah padi yang luas jauh terbentang membuatkan kayuhan bertambah happening.

Balik Kampung


Dah bungkus. Kita layan scene bendang pulak. Sempat singgah beli nasi lemak. Kebetulan ada seorang pakcik yang tengah makan. Terus bingkas bangun dan berbual pasal basikal. Dengan basikal ni yang tak kenal pun boleh jadi kenal. Berbasikal menambah kenalan.




Rabu, 18 Disember 2019

Foldies BiteRide Year End 2019


Foldies BiteRide Year End 2019
(Perlis Touring)

🚡 Self Support Ride🚡
πŸ“† 28 & 29 December 2019 (Sabtu & Ahad)
⏰ 7.30 pagi
RV & Waze : Stesen KTMB Arau
Route : Pusing Perlis
Category : Foldies
Mode : Lite Touring
Level: Beginner / Intermediate
Accommodation: Inapan Desa Rumbia (sila maklumkan untuk tempahan)

Hangpa ONxON? Kalau ON πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡
🚴‍♂️🚴‍♂️ KLIK DI SINI

Kayuhan ini bersifat self support.
Sila pastikan anda bersedia dengan
- Perubatan
- Kelengkapan (tools, pembuka tayar, pam, tube)
- Kesediaan tubuh badan yang baik.
- Utamakan keselamatan semasa berkayuh.

VIDEO | Berpagian Di Jalanan


Berpagian di jalanan. Toksah pi jauh-jauh nak layan climb. Area Shah Alam sampai GCE bersepah. Layan la sampai termuntah. Santai ride 45km sebelum pi makan kenduri. 🚲🚲

Rabu, 4 Disember 2019

VIDEO | Kayuh-Kayuh Hello Kitty

Kayuh-Kayuh Hello Kitty


Bila masuk dalam salah satu group foldies di Facebook terjumpa kawan lama yang sama-sama aktif meniup didjeridoo lama dahulu. Bila dah tahu si kawan yang bernama Jarul ni pun ada pasang basikal  lipat terus saya mengajak si Jarul ni untuk berkayuh ke untuk pekena mee udang di Pantai Remis.

Pelawaan saya itu diterima oleh Jarul dengan hati yang berbelah bahagi. Manakan tidak, dia maklumkan belum pernah lagi dia berkayuh dalam jarak yang jauh menggunakan basikal folding yang dimilikinya itu. Dengar katanya juga sudah dua tahun disimpan kemas dalam gobok.