Isnin, 18 November 2019

'Break-In' Basikal Lipat


Basikal lipat / folding bike yang baharu dibeli hari tu boleh dikatakan belum lagi 'break-in'. Sekadar mengayuh dalam jarak yang kurang dari 20km macam tu. Jadi hujung minggu lepas saya mengunakan folding bike ni untuk aktiviti lite touring ke Kuala Selangor. 

Melalui laluan / route yang biasa saya ikut seperti kayuhan sebelum ini. Bukan apa untuk membuat perbandingan masa kayuhan yang diambil menggunakan basikal touring bike biasa dan folding bike ini.

Saya dapati mengayuh folding bike untuk jarak jauh ini ternyata lebih santai tetapi jika menggunakan touring bike yang biasa kayuhan boleh diteruskan non-stop untuk jarak lingkungan 20km-30km dengan pace yang normal. Tidak begitu laju dan tidaklah begitu perlahan. Namun untuk folding bike ini saya terpaksa juga berhenti seketika untuk sampai.



Tetapi saya kira itu bukanlah satu masalah kerana sifat dan nature bertouring itu sendiri bukanlah melebihkan kepada berapa cepatnya kita sampai ke sesuatu destinasi itu. Tidak ada 'cut-off' time dalam bertouring. Berkayuh dan menikmati kayuhan itu sendiri sambil menikmati laluan-laluan kayuhan. Just enjoy the ride orang putih kata. Kalau sudah penat tu berhenti. Jangan sampai bonk sudah.


Dengan bebanan daripada penunggang yang sangatlah tidak slim dan juga half-load pada beg pannier, folding bike ni tidak mengecewakan untuk perjalanan jarak jauh.


Melayan angin laut di Pantai Remis di Jeram.




Secangkir kopi dan sepinggan mee udang buat mengisi perut.  



Keseluruhan kayuhan pergi dan balik sejauh 70km dengan basikal yang kecik-kecik cili padi ni. Padu beb!

1 ulasan:

  1. Sy ingin bertanya.. basikal lipat ni boleh guna bike trainer tak?

    BalasPadam