Rabu, 4 Disember 2019

Kayuh-Kayuh Hello Kitty


Bila masuk dalam salah satu group foldies di Facebook terjumpa kawan lama yang sama-sama aktif meniup didjeridoo lama dahulu. Bila dah tahu si kawan yang bernama Jarul ni pun ada pasang basikal  lipat terus saya mengajak si Jarul ni untuk berkayuh ke untuk pekena mee udang di Pantai Remis.

Pelawaan saya itu diterima oleh Jarul dengan hati yang berbelah bahagi. Manakan tidak, dia maklumkan belum pernah lagi dia berkayuh dalam jarak yang jauh menggunakan basikal folding yang dimilikinya itu. Dengar katanya juga sudah dua tahun disimpan kemas dalam gobok.

Dan kebetulan pada hujung minggu lepas memang dia sendiri tidak ada apa-apa perancangan atau terlibat dengan aktiviti riadah yang lain jadinya memang kena dengan 'timing' ajakan saya itu.

Kami berjanji untuk bertemu di Pelita Padang Jawa, berhadapan JPJ Padang Jawa. Senang untuk dia meletakkan kenderaan.  Ingatkan dia datang dengan kereta, maklumlah dia dari KL. Rupanya dia datang dengan motosikal sahaja. Dan basikal foldingnya pula diletakkan di tempat letak kaki. Wah! Memang sempoi!


FNHON Zephyr dengan complete set LitePro.


Comel kan?







Tiada ulasan:

Catat Ulasan