Rabu, 27 November 2019

Kena Racun

Selesai berkayuh dengan Abang Mazli Ahad lepas saya syorkan untuk membuat sedikit modifikasi pada crankset folding bike beliau. Tengok chainring pada folding bike tersebut tak berapa sesuai untuk kayuhan yang sedikit berat.

Petang tadi sehabis saja perbicaraan di Mahkamah Petaling Jaya saya bergegas balik ke Shah Alam. Melayan sesak jalan dan ditambah dengan hujan-hujan begini membuat rasa lapar yang meluap-luap. 

Ahad, 24 November 2019

Pulut Kuning Dan Rendang Daging


Hujung minggu ni saya tidak bercadang untuk berkayuh dan menjelajah tempat-tempat di sekitar selangor. Kayuhan sebegini biasanya mengambil masa lebih daripada setengah hari. Jadi memandangkan ada urusan keluarga di sebelah petang saya bercadang untuk berkayuh di sekitar shah alam. 

Cumanya kali ini saya tidak berkayuh secara solo. Tetapi bersama dengan Abang Mazli yang merupakan rakan sekerja. Ini kali pertama saya berkayuh bersama dengannya. Sebelum ini ada sahaja urusan-urusan yang tak dapat dielakkan walaupun ada dibuat perancangan.

Isnin, 18 November 2019

'Break-In' Basikal Lipat


Basikal lipat / folding bike yang baharu dibeli hari tu boleh dikatakan belum lagi 'break-in'. Sekadar mengayuh dalam jarak yang kurang dari 20km macam tu. Jadi hujung minggu lepas saya mengunakan folding bike ni untuk aktiviti lite touring ke Kuala Selangor. 

Melalui laluan / route yang biasa saya ikut seperti kayuhan sebelum ini. Bukan apa untuk membuat perbandingan masa kayuhan yang diambil menggunakan basikal touring bike biasa dan folding bike ini.

Saya dapati mengayuh folding bike untuk jarak jauh ini ternyata lebih santai tetapi jika menggunakan touring bike yang biasa kayuhan boleh diteruskan non-stop untuk jarak lingkungan 20km-30km dengan pace yang normal. Tidak begitu laju dan tidaklah begitu perlahan. Namun untuk folding bike ini saya terpaksa juga berhenti seketika untuk sampai.

Ahad, 10 November 2019

Koyak Plastik CAMP C8 Folding Bike


Niat untuk mencari sebuah folding bike / basikal lipat ni secara tak sengaja timbul sejak seminggu dua ni. Rasanya senang kalau ada folding bike ni boleh letak dalam kereta atau bawa ke mana-mana. Itu cadangnya. 

Pengalaman saya memilik folding bike sebelum ni membuatkan saya lebih sedikit teliti untuk memilih folding bike yang terbaharu ni. Bersesuaian dengan budget yang ingin saya keluarkan. Sifirnya mudah. Nak mencari yang tidaklah begitu mahal tetapi dengan spesifikasi yang memuaskan dan boleh digunakan bukan sekadar untuk kayuhan riadah tapi juga kayuhan touring.