Rabu, 30 Oktober 2019

VIDEO | Pantai Kelanang, Kuala Langat



Macam biasa, video tidak dilupakan. Sambil-sambil mengayuh sempat la juga ambik video-video pendek untuk simpanan dan koleksi. Yang mana malas nak baca kalau tulisan panjang-panjang tu boleh tengok video ni.  Dah jangan pulak gatai ada nak mintak lukih pulak. Kahkahkah.

Selasa, 29 Oktober 2019

Touring Syahdu Ke Pantai Kelanang, Kuala Langat


Cuti panjang sempena perayaan dan sambutan Deepavali hari tu ada kawan-kawan yang ke event Touring D'Batu Kurau. Rancangan awalnya memang hendak ke sana. Boleh kenal dengan rakan-rakan yang baharu dan menambah ilmu dari orang-orang lama. Tapi memandangkan ada acara dan aktiviti sekolah si anak maka terpaksa membatalkan rancangan untuk turut serta. Inshallah next time ada acara yang lain mungkin boleh turut sama.

Ahad, 27 Oktober 2019

Si Penjual Lemang


Pagi Sabtu kalau tidak ada apa-apa urusan di awal pagi sempatlah saya berkayuh di kawasan sekitar yang berdekatan. Pusing-pusing di sekitar bandaraya Shah Alam. Sambil berkayuh tu sambil mencari gerai nasi lemak untuk habuan sarapan di rumah.

Rabu, 23 Oktober 2019

Bikepacking Ke Ban Tanjung Pao, Satun Thailand


Sekitar tahun 2004 ketika masih bujang trang tang bikepacking ke Satun, Thailand bersama dengan ayah, adik, sepupu dan rakan yang lain. Walaupun ini bukanlah kali pertama saya ke sini tapi kali ini merupakan kali pertama saya bikepacking ke Satun. Arah tujunya dan jarak perjalanannya adalah sama seperti sebelum ini namun kali ini kudratnya berlainan. 

Selasa, 22 Oktober 2019

VIDEO | Kerang Pantai Remis, Selangor


Dari Shah Alam sambil-sambil beli kerang di Pantai Remis, Jeram. Distance pergi balik 72km. Pantai Remis ni walaupun pantainya berlumpur tetapi ada tarikannya yang tersendiri. Boleh dikomersialkan lagi. Kuala Selangor ni sebenarnya banyak kawasan tarikan pelancong. Nanti ada rezeki kita pusing satu Kuala Selangor untuk review tempat-tempat tu semua.

Isnin, 21 Oktober 2019

Kerang Pantai Remis, Selangor


Sebelum ni kalau ke Jeram saya hanya ke kedai ikan bakar yang ada di sana sahaja. Itu pun biasanya pergi di waktu malam. Jadi tak pernah langsung untuk singgah dan meninjau apa yang ada di Pantai Remis di sini. Sebelum ini pun kalau dengar Pantai Remis hanya tau yang di negeri Perak.

Sabtu, 19 Oktober 2019

Rabu, 16 Oktober 2019

Basikal Murah?

Longgokan basikal

Gudang basikal di Klang. Siap dilonggokkan macam ni. Tak sempat nak tanya kalau yang ni selonggok berapa. Dah macam beli durian la pulak kalau jual longgok ni.