Selasa, 28 Januari 2020

Kenapa Saya Suka Pakai Pannier Beg

Berbaloi atau tidak?

Kayuhan Jarak Jauh


Jangan takut untuk berkayuh untuk jarak yang jauh. Saya percaya sesiapa saja boleh berkayuh dalam jarak yang jauh. Usah difikirkan sangat dengan angka-angka pada jarak perjalanan kita. Yang penting untuk kayuhan jarak jauh bukanlah kelajuan (speed) kita tapi adalah stamina untuk kita meneruskan kayuhan. 

Sifirnya mudah sahaja. Kalau tak hendak cepat pancit jangan terus mulakan kayuhan dengan ‘pace’ yang laju. Mulakan dengan ‘pace’ yang sederhana dan ikut rentak kesesuaian kita. ‘Leha-leha’ dulu pun tak apa. Selepas itu perlahan-lahan tingkat rentak kayuhan secara berperingkat.

Selasa, 7 Januari 2020

Minggu Pertama Di Tahun 2020


Minggu pertama di tahun baharu 2020 kita mulakan dengan GCE sebagai pemangkin semangat. Bila dah melayan GCE ni barulah rasa yang folding bike ni dah sampai masa untuk di servis. Habis bertouring di Perlis hari tu memang saya tak sempat untuk servis. 

Balik ke Shah Alam terus lenjan di GCE pula. Adeh! 

Jumaat, 3 Januari 2020

VIDEO | Foldies BITERIDE Year End 2019 - Perlis Touring

Foldies BiteRide Year End 2019 (Perlis Touring Edition) selama dua hari berakhir tadi. Jarak kayuhan sejauh 137km. Terima kasih untuk foldies yang datang dari KL, Klang, Penang dan Alor Setar. Jumpa lagi di BiteRide next edition by Gerektour.

BITERIDE - “It’s not about the distances, it’s about the experiences”

* For BITERIDE and Cross-border touring package by Gerektour feel free to contact us.

Rabu, 1 Januari 2020

Selamat Tahun Baru 2020


Selamat tahun baru 2020 saya ucapkan kepada teman-teman sekalian. Semoga sihat tubuh badan untuk terus berpedal dan menyelusuri jalan-jalan kayuhan.