Jangan takut untuk berkayuh untuk jarak yang jauh. Saya percaya sesiapa saja boleh berkayuh dalam jarak yang jauh. Usah difikirkan sangat dengan angka-angka pada jarak perjalanan kita. Yang penting untuk kayuhan jarak jauh bukanlah kelajuan (speed) kita tapi adalah stamina untuk kita meneruskan kayuhan.
Sifirnya mudah sahaja. Kalau tak hendak cepat pancit jangan terus mulakan kayuhan dengan ‘pace’ yang laju. Mulakan dengan ‘pace’ yang sederhana dan ikut rentak kesesuaian kita. ‘Leha-leha’ dulu pun tak apa. Selepas itu perlahan-lahan tingkat rentak kayuhan secara berperingkat.
Jangan takut dan malu untuk berhenti sekejap kalau dah rasa tak larat sangat. Sehebat-hebat pengayuh pro pun ada masa dan harinya pancit. Badan manusia. Bukannya badan robot. Apatah lagi kita yang baru mula mengayuh ni. Lepas tu sambung balik kayuhan dengan gembira.
Ada masanya pace kayuhan akan meningkat tanpa kita sedar apabila kita mengayuh dalam beberapa ketika. Jangan risau. Nikmati kayuhan dengan tenang. Jangan sampai rasa terbeban dengan kayuhan kita sendiri. Bukannya ada podium yang hendak dikejar.
Lagi pun bak kata kawan-kawan pengayuh, “Kalau nak laju naik motor la woi!”

Tiada ulasan:
Catat Ulasan