Isnin, 21 Oktober 2019

Kerang Pantai Remis, Selangor


Sebelum ni kalau ke Jeram saya hanya ke kedai ikan bakar yang ada di sana sahaja. Itu pun biasanya pergi di waktu malam. Jadi tak pernah langsung untuk singgah dan meninjau apa yang ada di Pantai Remis di sini. Sebelum ini pun kalau dengar Pantai Remis hanya tau yang di negeri Perak.





Jadi kali ini saya ambil sedikit masa di pagi Ahad untuk meninjau Pantai Remis yang terletak berdekatan dengan Kuala Selangor ini. Light touring dari Shah Alam - Klang - Kapar - Pantai Remis melalui Jalan Klang-Teluk Intan.

Memandang saya pun sudah lama tidak berkayuh untuk jarak yang jauh jadi saya mengambil dalam dalam satu jam lebih untuk sampai ke sana. Sambil-sambil menikmati udara pagi Ahad.


Abang-abang kaki pancing dah sibuk membangau bila saya sampai. Walaupun Pantai Remis ni kawasan lautnya berlumpur tetapi kawasan pesisir pantainya yang landai dan berpasir. Memang menarik! 


Sambil melepaskan lelah setelah berterusan berkayuh tadi, saya sempat berbual dengan abang-abang kaki pancing di situ. Bertanya berkenaan dengan kawasan sekitar dan juga pengalaman-pengalaman mereka. Itu yang menariknya tentang aktiviti mengayuh basikal ni. Banyak peluang untuk berjumpa dengan orang dan mungkin menambah kenalan yang baharu. 



Yang datang berkelah sambil menikmati angin laut pun ramai. 


Pelbagai jenis siput laut ada dijual. Memang menarik!





Kuala Selangor ni sebenarnya banyak kawasan tarikan pelancong. Nanti ada rezeki kita pusing satu Kuala Selangor untuk review tempat-tempat tu semua.

#touring #malaysia #selangor #kualaselangor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan