Rabu, 23 Oktober 2019

Bikepacking Ke Ban Tanjung Pao, Satun Thailand


Sekitar tahun 2004 ketika masih bujang trang tang bikepacking ke Satun, Thailand bersama dengan ayah, adik, sepupu dan rakan yang lain. Walaupun ini bukanlah kali pertama saya ke sini tapi kali ini merupakan kali pertama saya bikepacking ke Satun. Arah tujunya dan jarak perjalanannya adalah sama seperti sebelum ini namun kali ini kudratnya berlainan. 

Setiap jarak dilepasi dengan pedal yang dikayuh dengan kaki. Kenikmatan dan pengalaman yang berbeza. Menyelusuri jalan-jalan kampung dari Mata Ayer, Perlis sehinggalah ke garisan sempadan di Wang Kelian. Dan selepas urusan dokumen di kaunter imigresen Malaysia-Thailand terus meluncur laju menuruni laluan jalanraya Thailand dengan lancarnya. 

Satu perkara yang menyenangkan apabila berkayuh di Selatan Thailand ini adalah infrastruktur jalanraya yang elok. Sedap mengayuh orang kata. 

Gua Kelam, Perlis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan